Monday, 8 January 2018

JERUNG CHAR KOAY TEOW

JERUNG CHAR KOAY TEOW ENT.

Petang ni akak ada cerita yang disimpan untuk dikongsikan hari ni. 27 Disember tahun lepas. Lebih kurang 2 minggu lepas.

.
Akak pi pejabat SSM, nak daftar kedai akak yang belum bermula lagi pun. Huhu. Camna tu, dengan semangat waja membara dan macam2 lagi. Pukui 10 pagi dah terpacak kat sana.. Ramai gila orang. Muka akak buat2 macam orang yang dah berniaga la. Hish, malu jugaklah.

.
Lama tunggu dalam 2 jam lepas isi borang. Dengaq pegawai ada 2 orang kat depan tu.

.
"Boleh ka jerung." Sorang lagi jawap pelan2. Akak tak dengaq dia kata apa. Haaa duduk tak senang dah, panas ja rasa. Awat depa ni.

.
Lepas tu ada sorang panggil nama akak. Jalan laju2 pi kat depan depa. Sorang tu tanya, "Betoi ka nak boh nama jerung?"

"Ya betoi."

Dalam hati dok bisik, "Awat hampa nampak akak mcm sotong ka? 😄 memang nak boh jerung la nama kedai tu."

.
"Akak kena boh perkataan cafe kat depan dia atau enterprise kat belakang." kata pegawai tu.

"Saya boh enterprise la na." dia sendiri yang boh. Akak ikut ja la.

"Duduk dulu kak, satgi kami panggil."

.
Haaaa lama nya depa main passing akak punya borang, sambil depa dok senyum2. Pelik kot jerung tu agaknya kan. Akak boh nama sotong susah pulak nak cari lagu. Sekurang2nya jerung ada 'shark doo..doo'

😆😆😆

#JerungCKT
#mailapikiaqapa

Saturday, 2 December 2017

                                               
     JERUNG CHAR KOAY TEOW
 PENANG MARIIIII!!!

(6.00 P.M. - 1.00 A.M) 

 

Food review..1st time

https://youtu.be/6HW3oHF-F6o